Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Fadhilah Ratib Al-Haddad

Fadhilah Ratib Al-Haddad
Fadhilah Ratib Al-Haddad

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad, ( lahir Sabiir – Tarim- Hadramaut - Yaman 1044 H ). Seorang pembaru Islam (mujaddid) yang terkenal doa-doa dan dzikir-dzikir karangan beliau, Ratib Al-Haddadlah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar “Al-Ratib Al-Syahir” Ratib Yang Termasyhur disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah / 26 Mei 1661).

Ratib ini disusun untuk memenuhi permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan dzikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca di kampung ‘Amir sendiri, yaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1662 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah sholat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum sholat Isya’ untuk menghindari kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Pengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mulai dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahwa 

siapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.

Beberapa kebiasaan bisa didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca ratib ini dan menyarankannya dibaca pada waktu yang lain daripada yang tersebut di atas juga waktu dalam kesulitan. Mudah-mudahan siapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Amiin.

Ketahuilah bahwa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Qur’an dan hadits Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, karana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saran Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun dzikir-dzikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Dzikir yang pendek ini, jika diamalkan selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada dzikir panjang yang dibuat secara berkala Ratib ini berbeda daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad karana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jama’ah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.

Posting Komentar untuk "Fadhilah Ratib Al-Haddad"